Rekreasi yang menarik

Tempat rekreasi kesukaan? Boleh berjoging atau berjalan-jalan di tepi pantai. Tambah menarik boleh mengambil gambar-gambar pemandangan yang indah. Namun, setakat ini saya merasakan kebanyakan pantai padat dengan gerai-gerai makanan. Mungkin akan tergoda jika dilihat berhari-hari.
Paling kurang lakukan aktiviti senaman selama 20 minit. Saya telah beralih arah ke pusat membeli-belah untuk aktiviti ini. Window shopping.  Tidak tergoda? Oh, tidak! Saya cuba melihatnya dan setakat ini, tiada barang yang dibeli. Hehe. Tambahan pula, pusat membeli-belah ini memang besar. Peluh tak terasa dek hawa dingin yang menyapa. Namun, memang lenguh sendi kaki jika berjalan dari hujung ke hujung !
Anda pula bagaimana?

Emel

I  contact you In order to transfer out ( Twelve million, five hundred thousand usd) from our Bank . I have the courage to look for a reliable and Honest Person who will be capable for this important business Transaction, believing that you will never let me down either now or in Future.

The owner of this account is Mr. David Hagen foreigner and the Manager Of petrol chemical service,a chemical engineer by Profession and he died since november 20th 2006.the account has no other beneficiary And my Investigation proved to me as well that his company does not know anything About this account.
I want to transfer this money into a safe foreign account abroad but i Don’t know any foreigner,i know that this message will come to you as a surprise as we don’t know ourselves before,but be sure that it is real And A Genuine business.
I believe in God that you will never let me down in this transaction,at the conclusion of this business,you will be giving 30% of the total amount, 70% will be for me.
I look forward to your earliest reply

Best regards
MIKE ANDERSON
YOUR REPLY IS NEEDED.

Pernah mendapat emel di atas?? Tak serik-serik diorang nie..

More Saga BLM pictures..

1.jpg4.jpg3.jpg2.jpg

UPDATE!!

 Telah dilancarkan oleh Pak Lah petang tadi…Klik di sini

Hari Asyura

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

p/s:10 Muharam=19hb Januari 2008- Sabtu ni.

Antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Sabtu ini.

  1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan orang sesat
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat
    lafaz niat : “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak
  10. Membaca Surah Al-Ikhlas hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa
  14. Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Salam Hijrah

Salam Tahun Baru Hijrah. Semoga kita akan berjaya menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik. Insya-Allah.

Kuasa mengubah kehidupan

KITA menjadi lebih kaya dengan membaca banyak buku. Buku yang bernilai dapat merubah kehidupan. Membaca memberi kita peluang berhenti dan bertindak. Ini tidak berlaku semasa menonton televisyen atau filem yang memaksa kita menerima apa saja.

Buku membolehkan kita membentuk sendiri gambaran teks mengikut kehendak kita. Kita boleh berhenti dan menghablurkan konsep yang dibaca, dan merubahnya mengikut tafsiran yang kita mahu. Kita boleh berubah dengan idea yang dapat dikutip daripada buku yang kita baca atau kita boleh juga tidak berubah.

Ada yang percaya buku tidak mungkin mengubah sesiapa. Anda sendiri yang mengubah hidup. Apabila dua orang membaca sebuah buku yang sama, seorang mungkin mendapat ilham manakala yang seorang lagi mungkin bosan membacanya. Kedua-dua mereka mungkin mempelajari perkara yang berbeza daripada buku yang sama.

Buku telah mengubah nasib ramai orang. Dalam buku berjudul You‘ve Got to Read this Book: 55 People Tell the Story of the Book that Changed their Life, kisah mereka yang kehidupannya berubah dengan membaca dapat kita selami. Mereka ini bukanlah orang biasa di Amerika, tetapi daripada pelbagai kedudukan tinggi dan kerjaya yang berbeza daripada politik, perubatan, psikologi, perniagaan, hiburan hinggalah kepada pelbagai cabang seni, sukan dan olahraga. Kepada mereka, ada buku yang baik yang telah memberikan inspirasi, menyembuhkan mereka daripada tekanan hidup dan merubah kehidupan mereka sama sekali.

Tulisan dalam buku ini dicetuskan oleh Jack Canfield dan Gay Hendricks. Siapa yang tidak kenal Jack Canfield, pencipta dan editor siri terkenal Chicken Soup for the Soul yang dianggap oleh majalah TIME sebagai ‘the publishing phenomenon of the decade.’ Siri ini kini mempunyai 105 judul dengan lebih 100 juta naskhah diterbitkan dalam 41 bahasa. Gay Hendricks pula adalah seorang pakar dalam bidang transformasi perhubungan dan penyembuhan tubuh – fikiran. Kedua-dua mereka telah menerbitkan banyak buku yang laris dan dibaca ramai.

Jack memulakan projek buku ini dengan menghimpunkan 25 pakar pelbagai bidang, perunding perniagaan dan penulis di rumahnya. Dalam perbincangan, timbul soal memilih buku yang baik-baik daripada beribu-ribu judul yang terbit saban tahun. Dalam ramai-ramai yang berhimpun itu, ada yang mengakui buku telah merubah kehidupan mereka manakala yang lain mengatakan mereka hanya membaca buku yang dicadangkan oleh orang yang diyakini.

Mereka ini ada yang telah menerbitkan buku best seller, tetapi apa pula buku yang telah merubah kehidupan mereka? Maka mereka saling bercerita tentang buku yang telah merubah kehidupan masing-masing. Kebanyakan buku itu tidak pula dibaca oleh sebahagian mereka yang berkumpul dan banyak juga yang tidak pernah diketahui akan kewujudannya! Maka timbullah idea bagi menghimpunkan buku yang telah merubah kehidupan mereka dalam sebuah buku.

Dr. Stephen Covey, salah seorang yang menulis pengalamannya dalam buku ini bukanlah calang-calang orang. Beliau diiktiraf oleh majalah TIME sebagai salah seorang daripada 25 orang Amerika yang paling berpengaruh. Buku dan karyanya memang dikenali dan dibaca ramai, salah satunya The 7 Habits of Highly Effective People yang terjual 15 juta naskhah dalam 38 bahasa di seluruh dunia. Buku terbarunya berjudul The 8th Habits: From Effectiveness to Greatness.

Dua buku yang telah merubah dan memajukan kehidupan Stephen Covey ialah Man‘s Search for Meaning karya Victor Frankl, dan A Guide for the Perplexed oleh E. F. Schumacher. Frankl mengajarnya membina kuasa memilih dalam apa jua keadaan. Frankl melakukan ini semasa hidup dalam kem tahanan Nazi Jerman yang sarat dengan kezaliman tanpa peri kemanusiaan – dengan penderaan mental, fizikal dan emosi. Pada satu peringkat, tentera Nazi membakar manuskripnya – tulisan tentang kehidupannya. Itulah hartanya yang tidak ternilai harganya.

Frankl tidak berteriak bertanya “Kenapa aku?” atau “Kenapa semua ini terjadi?” tetapi merubahnya menjadi “Apa yang hidup ini mahu daripada aku?” dan menjawabnya terus dengan kata-kata “Tulislah semula, baiki lagi.” Sepuluh tahun kemudian, Stephen Covey membaca A Guide for the Perplexed, yang menjelaskan konsep pemilihan personal pada tahap yang lebih tinggi dan menjadi pendorong besar dalam kehidupannya.

Seorang lagi yang dirakamkan dalam buku ini ialah Jacquelyn Mitchard yang dianggap oleh New York Times sebagai penulis buku paling laris. Novel pertamanya, The Deep End of the Ocean, adalah buku pertama dipilih untuk Oprah‘s Book Club dan kemudian difilemkan dengan lakonan Michelle Pfeiffer. Sewaktu kecil, ibunya membawa pulang apa saja buku untuk bacaannya, termasuk yang belum sesuai untuknya.

Pada usia 12 tahun, ibunya memberinya novel berjudul A Tree Grows in Brooklyn, karya Betty Smith yang kemudian dibacanya sebanyak 11 kali. Francie Nolan, watak utama dalam buku ini, kemudian menjadi idolanya yang membawanya maju dalam kerjayanya sebagai wartawan. Satu tabiat yang sukar dibuangnya ialah, buku ini wajib dibacanya setiap kali ingin menulis sebuah novel yang baru. Kata Jacquelyn Mitchard, tidak ada buku lain lagi yang dapat memberikan inspirasi kepadanya menjadi seorang penulis, seorang manusia, wanita dan ibu.

Kisah Gary Erickson, tuan punya Clif Bar & Co. Syarikat pengeluar makanan tenaga semula jadi dan makanan kaya nutrien juga tak kurang menarik. Beliau mengimbau peristiwa beberapa minit sebelum beliau hampir-hampir menjual Clif Bar kepada syarikat gergasi bertaraf multinasional. Eksekutif syarikat itu sedang menanti beliau menurunkan tandatangannya dalam kontrak yang telah disediakan.

Ramai pakar telah memberitahu rakan kongsinya bahawa Clif Bar tidak mungkin boleh maju lagi dan mereka perlukan modal besar untuk melonjakkan syarikat itu ke kedudukan yang lebih selamat. Cuma syarikat multinasional itu saja yang dapat melakukannya. Dua syarikat saingan mereka pun telah dibeli oleh syarikat multinasional lain. Kalau dijual, dia dan rakan kongsinya masing-masing menerima AS 60 juta dan tak perlu lagi menghadapi dan menenteramkan pekerja. Mereka boleh bersara dan bersenang-senang.

Beberapa minit terakhir itu beliau menjadi resah gelisah. Tertekan. Gary Erickson kemudian semacam dibisikkan kata-kata “Aku tidak patut melakukannya” dan kemudian beliau sedar bahawa “Aku belum menjualnya.” Melalui telefon, Gary Erickson kemudian memberitahu rakan kongsinya bahawa beliau tidak mahu menjual syarikat tersebut. Melihat Gary Erickson dalam keadaan tertekan, Leslie menghulurkan buku The Legacy of Luna karya Julia Butterfly Hill, sebuah autobiografi tentang seorang wanita mencari jalan memberikan sumbangan baktinya kepada dunia.

Demikianlah, buku ini memperkenalkan kita kepada ramai orang yang hebat dan terkenal dalam bidang masing-masing di Amerika yang hidup mereka berubah setelah membaca buku tertentu.

Setidak-tidaknya pembaca boleh mendapat inspirasi daripada pengalaman mereka ini, membaca tulisan mereka dan buku yang pernah mereka baca. Buku memang mempunyai kuasa merubah kehidupan.

* ROOSFA HASHIM, Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hijrah

Hari Khamis nanti (10 Januari 2008) kita akan menyambut tahun baru. Tahun baru Hijrah. Bercakap mengenai hijrah ini, sememangnya kita semua digalakkan berhijrah. Berhijrah kepada jiwa yang baru paling penting. Dari negatif kepada positif. Baru-baru ini, rakan saya ada mengutarakan pandangan tentang sikap sesetengah orang yang tidak mahu berhijrah dari kampungnya. Walau bagaimanapun, beliau berjaya dalam bidang yang diceburinya. Saya rasa tidaklah menjadi kesalahan beliau tidak mahu berhijrah dari kampungnya, namun rakan saya menyatakan setiap orang patut berhijrah dari kampung. Jangan duduk di bawah ibu bapanya sahaja. Betul. Mungkin untuk beberapa tahun. Namun jika hatinya terdetik untuk balik ke kampung, bagaimana? Mungkin beliau boleh menjadi penggerak dalam sesebuah kampung sekurang-kurangnya. Ubah sikap dan minda yang tidak sepatutnya melekat.
Saya percaya banyak lagi di kampung-kampung sana tidak mendapat kemudahan yang sepatutnya dinikmati setelah 50 tahun kemerdekaan. Justeru itu, tidak hairanlah terdapat beberapa pemikiran yang masih melekat di minda mereka. Bagaimana mengubahnya?
Persekitaran adalah antara perkara-perkara penting dalam hal ini. Mengapa terdapat sesetengah pemikiran masih ada? Sebab persekitaran mereka. Mereka tidak didedahkan dengan banyak hal. Namun ada juga kampung yang lebih advance, rata-rata ada Astro. Bagus. Cuma di sini ingin tekankan apa yang mereka baca. Bahan bacaan yang tidak berilmiah banyak mempengaruhi. Salah satu sebab utama kenapa sesetengah pemikiran masih melekat kuat.
Bagi mengubah keadaan ini, saya merasakan bahawa anak-anak kampung yang berjaya hendaklah selalu turun menjenguk keadaan. Bagaimana nak majukan ia lebih lagi. Mungkin sebuah perpustakaan yang lengkap dengan bahan-bahan berilmiah. Mungkin mereka hanya pandang sahaja pada permulaan tetapi lama-kelamaan akan hidup. Pelbagaikan aktiviti. Ditambah dengan guru-guru yang berkhidmat di sana, sedikit sebanyak dapat membantu. Dengan cara mengajak mereka suka ke sana, terutama yang belia, sedikit sebanyak mengajak mereka berfikir lebih jauh.
Tentang isu tidak mahu berhijrah @ mahu tinggal bersama ibu bapa, agak subjektif.  Walau bagaimanapun, jika niatnya untuk memberikan lebih perhatian kepada ibu bapa,  lebih baik. Tidak boleh membawa mereka tinggal bersama-sama di tempat lain? Boleh, namun mungkin juga tidak betah keadaan di sana. Bagi saya, tidak salahnya tinggal di kampung kelahiran. Namun, kita perlu berhijrah sesekali. Merasa tinggal di tempat orang. Terutama bagi yang masih muda.

Public computer?

survey-says.jpg

Your say? Do comments….^_^

Note: Survey by Reuters

Pelajar lemah dipinggirkan?

Ketika membaca ruangan surat dari pembaca, terkesan dengan surat dari seorang bapa saudara yang menyatakan anak buahnya tidak dapat meneruskan persekolaan beliau di sekolah lama lantaran sikap pihak sekolah yang ingin menjaga statusnya. Alahai!! Apakah matlamat sebenar bila sekolah ditubuhkan?? Bukankah salah satunya melahirkan golongan pelajar yang berilmu? Bagaimana pelajar hendak berilmu jika pembelajarannya disekat? Tak sangka pada masa ini pun masih ada pihak pentadbir yang berpendapat begini. Kononnya untuk  menaikkan imej sekolah mereka.
Sebenarnya banyak cara lain yang boleh diambil oleh pihak sekolah, bukan dengan mengambil langkah singkat seumpama itu. Para pelajar yang lemah hendaklah diberi lebih tumpuan. Bagaimana?Antaranya, berikan guru-guru yang dedikasinya lebih. Apabila guru-guru ini begitu bersemangat, secara tak langsung pelajar-pelajar ini akan merasainya. Ibu bapa juga kena aktif juga mengambil bahagian ketika di rumah. Beri lebih masa mengajar sendiri di rumah. Sedikit demi sedikit, saya percaya pelajar-pelajar yang lemah ini melonjak naik. Belakang parang jika diasah pun akan tajam jua akhirnya.

Read online?

Let’s read Quran online. With translation & audio.

Click here.