Numbers

Entries from September 2007

15 maut di jalan yang sama

September 30, 2007 · Leave a Comment

MARANG: Kurang 36 jam selepas 12 maut dalam dua nahas berasingan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sejak petang Jumaat lalu, tiga sekeluarga pula menjadi korban dalam satu lagi kemalangan ngeri di laluan sama, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, buruh subkontraktor Petronas, Mohd Azlisyam Mohd Noor, 24; ibunya, Maimunah Ahmed, 52; dan adik bongsunya, Suriani, 18, maut apabila kereta mereka terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh lori dari arah bertentangan.

Kejadian di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pasir Puteh, Merchang, dekat sini, itu berlaku ketika pemandu kereta berkenaan, Mohd Azlisyam, dari Kuala Terengganu dalam perjalanan ke rumahnya di Felda Kertih 3, Dungun.

Jumaat lalu, lima termasuk empat sekeluarga maut, manakala lima lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di selekoh Kampung Kelulut, Kilometer 24 laluan yang sama.

Kelmarin, tujuh terbunuh manakala empat cedera parah selepas van yang mereka naiki merempuh lori tangki yang berhenti di bahu jalan dekat Kilometer 44.5, jalan yang sama pada kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din, berkata kemalangan yang berlaku semalam menyebabkan kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa remuk dan terperosok di bawah lori.
Bagaimanapun katanya, pemandu lori, Goh Chin Peng, 56, dari Shah Alam yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tidak cedera.

“Semua mangsa tersepit dan terpaksa dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat sebelum dihantar ke Felda Kertih 3 untuk urusan pengebumian.

Categories: Uncategorized
Tagged: ,

Oh CC!

September 30, 2007 · Leave a Comment

“Plastic card” or well known as CC; Credit Card are very popular card among us especially for youth between 25 ~ 35 years. Masakan tidak, kemudahan yang ditawarkan amat mengujakan!!

 Apepun, dalam menggunakan kad kredit, semestinya bijak menggunakannya. Jika tidak, kita akan menjadi “hamba bank”. Cara yang paling mudah adalah gunakannya dalam had yang kita mampu membayarnya dalam tempoh masa yang ditetapkan…full payment!! Dalam erti kata yang lain,  gunakan ia sebagai rekod perbelanjaan bulanan kita yang telah dirancang.

Let’s see what most Malaysians use their credit cards!

50% use for clothing/shoes/apparel

 49% utility payments likes pay bil air, bil elektrik, bil telefon,etc…

 48% dining out(hoho..maybe restaurant like Golden Triangle?)

 42% travel (air & rail) –> MAS, AirAsia,etc

 33% home electronic ( courts MAMMOTH?)

18% other fees ( education, hospital)

14% personal pampering ( spa treatments…ahha..so relax!)

7% entertainment ( GSC..?)

**source: CITIBANK PAYMENT EVOLUTION REPORT 2007

Categories: Uncategorized
Tagged: ,