Numbers

Wang?

October 5, 2007 · Leave a Comment

06-10-07_00091.jpg

Sebut pasal wang ni, merupakan perkara yang menggembirakan jika kita memilikinya. Tambah pula dalam kuantiti yang banyak. Kalau boleh ke tahap infiniti. Tamaknya! Bagi saya, tidaklah salah jika kita bercita-cita besar. Kita tak tahu rezeki yang Allah tuliskan untuk kita. Yang penting kita berusaha mencapainya dengan jalan yang diredhai Allah.  Jangan lupa menggunakannya ke jalan yang diberkati Allah juga. Kerana semua ini dalah amanah dari-Nya untuk kita.Manusia yang lebih kuat dicintai Allah berbanding yang lemah.

 Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh AC Nielsen pada 2 minggu terakhir bulan April 2007, jom kita lihat ke manakah wang mengalir sebaik mendapat gaji@ hasil….

43% mengutamakan simpanan( orang Asia paling banyak simpan!!)

36% bercuti-cuti 

32%  membeli pakaian baru ( penting juga..)

31% membayar hutang piutang; kad kredit

30% untuk berhibur? ( beli DVD ke? ataupun buku? kalau buku, pelaburan yang cukup bagus!!)

26% untuk penambahbaikkan rumah ( beli perabot baru?)

 25% untuk teknologi ( upgrade domain? beli hp@ laptop baru ?)

23% melaburkan dalam stock/ mutual funds

Hanya 12% melakukan untuk persaraan( sayang sekali..)

12% lagi langsung tak simpan ( adoi!! tak boleh amalkan ni..)

2% lagi tak tahu nak buat apa (aduh!!!)

 

Top 10 negara yang menyimpan dalam pasaran saham/ saham amanah 

58% rakyat Hong Kong 

54% China

 53% India,

51% Taiwan

 47% Indonesia

 36% Malaysia

31% Singapura

26% Thailand & Vietnam

24% Korea

 

Top 10 rakyat yang tidak menyimpan langsung!

25% Portugal

23% US

21% UK

18% Perancis

16% Finland & Hungary

15% Jerman & Netherlands

14% Canada & South Africa

**responden dari Europe, Asia Pacific, North America & Middle East

 

 

 

Categories: World
Tagged: , , , , ,