Numbers

7 benda tidak berharga

October 9, 2007 · 1 Comment

09-10-07_2318.jpg

Hari ni nak berkongsi satu teka-teki yang diberi oleh Tuan Guru Nuh Ha Mim ( Guru Tasawuf Sultan Alauddin, sultan Melaka yang tersohor satu ketika dahulu).Dipetik dari karya Faisal Tehrani, Nama Beta Sultan Alauddin.

” Datangkan 7 benda yang bukan berharga sangat, ejaannya bermula dengan huruf sin”.

1. Benda yang bermula ejanya dari  huruf sin duduknya di bawah  punggung kita.

 2. Sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tiada kekayaan di rumah itu.

 3.  Suatu benda hanya mengisi ar mengalir dari hujung jari kita, tidak punya erti apa-apa.

4. Suatu benda jika tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku ia di Pasar Melaka

 5.   Sesuatu yang tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad( kekanda Sultan Alauddin), jika ada berertilah sedikit kepalanya.

6. Benda yang ada lok pun tidak berguna

 7. Benda yang tiada harga pada Sultan Mansur Syah (ayahanda Sultan Alauddin) . Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika tak dapat melepasinya.

**jawapannya? bagi yang membaca blog ini lebih awal pasti tahu. Hehe..bagi yang baru..carilah jawapannya….tidak rugi anda membeli karya Faisal Tehrani kerana sememangnya ia istimewa!!

Categories: Iqra'
Tagged: ,