sumber: Utusan Malaysia
Tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akan berlepas ke angkasa lepas pada 9.21 malam ini ( 5.21 petang waktu Kazakhstan).
Dr Sheikh akan menjalankan 3 penyelidikan komponen penting di angkasa lepas iaitu sel di angkasa lepas, mikrob di angkasa dan pengkristalan protein dalam tempoh 10 hari berada di sana. Penghargaan kepada 3 saintis terkemuka negara iaitu Dr. A. Rahman, Prof. Dr. Ramelah Mohamed dan Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman yang menjalankan kajian ini.
1) Kajian yang dilakukan ialah mencari impak mikrograviti dan radiasi ke atas mutasi genetik dan ekpresi gen, pertumbuhan tiga dimensi sel dan juga mekanisme ketahanan ubat-ubatan.
‘‘Kita ingin tahu adakah bakteria di angkasa cepat membiak,’’ kata Dr A. Rahman.2) Prof Raja Noor Zalina pula ingin menggunakan keunikan persekitaran mikrograviti untuk menghasilkan kristal protein yang bermutu tinggi dan juga memahami aspek dinamik pembentukan kristal daripada protein.
‘‘Apa yang berlaku di bumi ialah graviti menganggu pembentukan kristal dan mempengaruhi struktur,” katanya.Bentuk kristal yang boleh dihasilkan di angkasa juga adalah lebih besar, tulen dan tidak cacat
3) Mengenai mikrob di angkasa melibatkan dua jenis bakteria, iaitu Enterobacter clocae dan Acinetobacter baumanii.
Kedua-dua bakteria ini merupakan bakteria gram-negatif. Enterobacter clocae merupakan bakteria berbentuk rod (batang) yang habitat semulajadinya di usus manusia, dan Acinetobacter baumanii, sejenis bakteria berbentuk batang yang mana habitat semulajadinya adalah tanah.
Menurut Dr Ramelah, perbezaan antara kedua-dua bakteria tersebut ialah Enterobacter merupakan bakteria motil (boleh bergerak) kerana mempunyai flagela yang membantu pergerakannya manakala Acinetobacter merupakan bakteria non-motil (tidak boleh bergerak).
Matlamat utama penyelidikan tersebut bertujuan mengkaji sama ada tahap kerintangan kedua-dua bakteria terhadap antibiotik akan meningkat atau tidak semasa berada di angkasa.
Kelebihan mikrograviti dan ruang radiasi di angkasa, penyelidikan juga akan memberikan satu keputusan yang sangat hampir kepada biologi sebenar sel, mikrob dan protein yang dikaji. Sama-samalah kita menanti hasil penyelidikan ini.
DR SMS said: For I know that this is what I have dreamt of since I was 10.This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near future.
This is for all the Malaysian who have believed in the angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great achievers.
7 skrin gergasi akan disediakan di Pusat Pameran 1 dan 2, KLCC untuk 1800 tetamu khas. Siaran langsung juga ada di kaca TV tempatan. Bagi yang tidak punya tv ( seperti saya…^_^), difahamkan boleh juga menonton di web (streaming) . Klik di sini.