Numbers

Ada apa dengan blog?

October 23, 2007 · Leave a Comment

65% menyatakan blog memberi perspektif yang berbeza

39%  menyatakan blog sebagai salah satu medium berita

38% menggunakan blog bagi hiburan..

hanya 15% menyatakan tidak kisah dengan pandangan mahupun pendapat yang diutarakan dalam blog!!

Sumber: Synovate- American survey ( Ogos 2007 )

Categories: Iqra'
Tagged:

Lelaki lebih banyak membaca??

October 23, 2007 · Leave a Comment

Berdasarkan kajian Synovate pada Jun 2007 di Asia,

24 % lelaki lebih banyak membaca dalam kapal terbang berbanding perempuan, sekurang-kurangnya sekali atau lebih!!

Saya kurang gemar membaca dalam perjalanan, tidak kira dalam kereta, bas mahupun kapal terbang…sebab?? kerana kepala mudah pening apabila membaca dalam keadaan bergerak lalu mengurangkan fokus!!

teringat kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa beliau lebih suka tidur dalam kapal terbang( perjalanan) kerana itu merupakan waktu rehat baginya..

Categories: Iqra'
Tagged: ,

Trend??

October 23, 2007 · Leave a Comment

Menurut perangkaan JKM, warga tua mendiami sembilan Rumah Seri Kenangan di seluruh negara pada:-

2001  -(1714)
2002 -(1,686)
2003 -(1,829)
2004 -( 1,673)
 dan 2005 – (1,827)

Daripada jumlah 1,827 warga emas pada tahun 2005,

 751  Melayu,
558 (Cina),
507 (India) dan 11 (lain-lain).

 Dari segi jantina pula,

1,171  lelaki dan 656 wanita.

Ingatan bersama

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). “

Surah Luqman,ayat 14.

Categories: World
Tagged: