Entries from November 2007
Baru sahaja selesai menonton 1 litre of tears. Saya pasti ramai yang telah menonton filem ini. Saya mula mendengar tentang filem ini sejak tahun 2005 lagi. Ramai antara kawan-kawan mengesyorkan agar menonton filem ini. Disebabkan ada benda yang lebih penting untuk saya utamakan waktu itu, saya mematikan hasrat untuk membeli cd cerita ini. Namun, ia kembali menghantui bila ramai kawan-kawan bercakap tentangnya. Cerita-cerita Jepun sebelum ini saya perhatikan banyak meletakkan nilai diri di tangga yang utama. Yakin, berani, bersemangat,tabah & seumpamanya.
Apabila menonton filem ini, ia mengimbau tentang tujuan kita hidup. Hidup yang sememangnya memerlukan tujuan. Pastinya lebih bermakna apabila kita menjadi manusia yang dapat membantu antara satu sama lain. Sekecil mana pun sesuatu perkara, hargailah kerana mungkin kita tidak dapat menikmatinya lagi suatu hari nanti. Oh, mungkin sesetengah perkara tidak membawa makna apa-apa ataupun terlalu kecil nilainya, namun di saat tiada, baru terasa kehilangannya. Mungkin lumrah alam begitu. Namun, di saat ini, saya berhasrat untuk menghargai kehidupan yang ada dengan lebih baik lagi.
Terima kasih kepada Cah yang sudi meminjamkan CD cerita ini. Saya menantikan buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris pula. Setakat ini,yang saya ketahui, hanya bahasa Jepun & Cina. Alangkah baiknya jika saya menguasai kedua-dua bahasa ini. ..^_^
Categories: Movies
Tagged: jepun
Adoi!! Sistem offline pulak. Tak boleh nak withdraw. Kenala p cari bank lain. Dari nak cepat, jadi lambat terus. Mesti orang tu ingat aku tak nak renew insurans. Jap-jap. Waktu nie la traffic light asyik merah je.Last-last, sampai gak. Apalagi, terus amik nombor.
Ketika berada di kaunter, sempatlah berbual-bual dengan kakak(kakak ke?rasanya…) di kaunter tu. Sempat juga menyuarakan kebimbangan akan ditukar ke cawangan lain lantaran hanya 5 kaunter je akan beroperasi selepas ini. Saya mengusiknya dengan berkata, seronok berhijrah tempat baru. Tapi,dijawab dengan TIDAK! Yela, dah beli umah kat sini, family sini, susahla kalau kena transfer jauh. Bagi yang sudah berkeluarga, mungkin susah. 5 kaunter je dari 14 kaunter? Yang 9 lagi tak tau lagi akan ditempatkan di mana. Selepas ini, lebih banyak mesin akan ditempatkan di dalam bank tersebut. Sumber manusia diganti dengan tenaga mesin. Untung? Mungkin, dari satu segi. Dari aspek lain, sumber manusia semakin hilang akibat diganti mesin. Hasil teknologi.
Agak-agaknya, apa pekerjaan yang takkan hilang meskipun teknologi semakin bercambah nanti?
Categories: Gadget
Tagged: teknologi


Teringat filem 1957- Hati Malaya
Alangkah baiknya jika kita bekerjasama!!
Gambar diambil dari reuters.
Categories: Others
Tagged: malaysia
Rojak mamak?From wikipedia,
“ mamak rojak (or Indian rojak) in Malaysia, contains fried dough fritters, bean curds, boiled potatoes, prawn fritters, hard boiled eggs, bean sprouts and cucumber mixed with a thick, spicy peanut sauce. Traditionally, Indian Muslim (Mamak) rojak vendors use modified sidecar motorcycles as preparation counters and to peddle their rojak. These mobile vendors now use modified mini trucks. The Indian rojak available in Singapore is an assortment of potatoes, eggs, beancurds and prawns fried in batter served with a sweet and spicy chili sauce.”
There are 5 places for rojak mamak( taken from NST)
1. Bangsar ( Jalan Maarof)
2. Gurney Drive, Penang (also called Pasembur)
3. Karim’s rojak stall, Section 9, behind Concorde Hotel, Shah Alam
4. Mustafa rojak (Jalan 17/21) & Hassan rojak (SS2), PJ
5. Persiaran Zaaba, TTDI
Hoho. So many in Klang Valley. I was thinking most mamak already run to KL. No wonder Penang have a little “kaw” rojak. Because the mamak already run. Haha. Ops!! May be the writer living in KL, so most of the time, she eat around there. Yeah!!May be…
Categories: Others
Tagged: rojak
Categories: automotif
Tagged: car

Reading helps you sleep. Is it? I agreed after read some ( maybe half of), we can easily sleep well…Besides, these are benefits from reading.
- Let’s read!!!
- more reading better writing even create more writing!
- more reading know more about literature, social science & practical knowledge
- more reading will gain reading speed( more faster!!)
- more reading less memory loss and many2 advantages
“ Read in the name of your Lord Who created.He created man from a clot. Read and your Lord is Most Honorable. Who taught (to write) with the pen.Taught man what he don’t know.” ( Al-`Alaq, verse 1~5)
How to encourage reading?
- by environment ( home, libraries & bookstores)
- even by blog!!!! ( there are many blogs that review many kind of books..love it!!)
Categories: Iqra'
Tagged: read
November 1, 2007 · 1 Comment

Menonton filem ini membuatkan terasa ingin mengetahui lebih lanjut tentang sejarah negara. Juga ingin mengetahui lebih tentang Dato’ Onn, Burhanuddin Helmi, Khir Johari, Anwar Malik, Tun Dr Ismail, Tun Sardon & sebagainya. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu malah wira-wira tak bernama. Dato’ Onn, Pengasas UMNO, yang acap kali ingin meletakkan jawatan apabila cadangannya ditentang ( umum seharusnya mendengar penjelasannya lebih lanjut bukan memotong percakapannya) akhirnya tetap meneruskan hasrat tersebut dengan menyerah kepimpinan kepada Tunku Abdul Rahman. Syeikh Abdullah Fahim turut berpesan agar pemimpin-pemimpin mengutamakan rakyat bukan menggunakannya untuk keuntungan diri sendiri selepas mencapai kemerdekaan. 1957- Hati Malaya, filem sejarah yang mempunyai nilai tersendiri untuk ditonton.
Categories: Movies
Tagged: malaysia, pemimpin