Numbers

Masa

November 27, 2007 · 2 Comments

1_litre_of_tears-book.jpg 

 

Baru sahaja selesai menonton 1 litre of tears. Saya pasti ramai  yang telah menonton filem ini. Saya mula mendengar tentang filem ini sejak tahun 2005 lagi. Ramai antara kawan-kawan mengesyorkan agar menonton filem ini. Disebabkan ada benda yang lebih penting untuk saya utamakan waktu itu, saya mematikan hasrat untuk membeli cd cerita ini. Namun, ia kembali menghantui bila ramai kawan-kawan bercakap tentangnya. Cerita-cerita Jepun sebelum ini saya perhatikan banyak meletakkan nilai diri di tangga yang utama. Yakin, berani, bersemangat,tabah & seumpamanya.

 Apabila menonton filem ini, ia mengimbau tentang tujuan kita hidup. Hidup yang sememangnya memerlukan tujuan. Pastinya lebih bermakna apabila kita menjadi manusia yang dapat membantu antara satu sama lain. Sekecil mana pun sesuatu perkara, hargailah kerana mungkin kita tidak dapat menikmatinya lagi suatu hari nanti. Oh, mungkin sesetengah perkara tidak membawa makna apa-apa ataupun terlalu kecil nilainya, namun di saat tiada, baru terasa kehilangannya. Mungkin lumrah alam begitu. Namun, di saat ini, saya berhasrat untuk menghargai kehidupan yang ada dengan lebih baik lagi.

 Terima kasih kepada Cah yang sudi meminjamkan CD cerita ini. Saya menantikan buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris pula. Setakat ini,yang saya ketahui, hanya bahasa Jepun & Cina. Alangkah baiknya jika saya menguasai kedua-dua bahasa ini. ..^_^

Categories: Movies
Tagged:

2 responses so far ↓

Leave a Comment