Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
p/s:10 Muharam=19hb Januari 2008- Sabtu ni.
Antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Sabtu ini.
- Melapangkan masa / belanja anak isteri
- Memuliakan fakir miskin
- Menahan marah
- Menunjukkan orang sesat
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim
- Bersedekah
- Memelihara kehormatan diri
- Mandi Sunat lafaz niat : “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak
- Membaca Surah Al-Ikhlas hingga akhir seribu kali
- Sembahyang sunat empat rakaat. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali.
- Menjamu orang berbuka puasa
- Puasa
- Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.