Rekreasi yang menarik

Tempat rekreasi kesukaan? Boleh berjoging atau berjalan-jalan di tepi pantai. Tambah menarik boleh mengambil gambar-gambar pemandangan yang indah. Namun, setakat ini saya merasakan kebanyakan pantai padat dengan gerai-gerai makanan. Mungkin akan tergoda jika dilihat berhari-hari.
Paling kurang lakukan aktiviti senaman selama 20 minit. Saya telah beralih arah ke pusat membeli-belah untuk aktiviti ini. Window shopping.  Tidak tergoda? Oh, tidak! Saya cuba melihatnya dan setakat ini, tiada barang yang dibeli. Hehe. Tambahan pula, pusat membeli-belah ini memang besar. Peluh tak terasa dek hawa dingin yang menyapa. Namun, memang lenguh sendi kaki jika berjalan dari hujung ke hujung !
Anda pula bagaimana?

Leave a comment